Monday, March 28, 2011

kembang tekak...

alo...huhu lama dah tak update blog ni..tp sekali sekala bila jenguk2 blog ni teringin pulak sy nak mengomel itu ini....hmm okla ni nak citer sikit hal semasa di keliling sy..alkisahnya, pagi tadi my boss citer lah kejadian yg berlaku masa dia tgh bekfes kat kafe (u ols maklumlah sendiri ya)..huhu..tgh dia syok2 minum,tetiba dia tepandang la selonggok sampah sisa makanan yg dah BERULAT2 kat tepi area dia minum tu..oh ape lagi,dia pun terus la menegur boss kafe yg kebetulan ada kat situ maklumkan pasal sampah berulat tadi...and tanpa berlengah si boss kafe pulak terus le memanggil stafnyer,si abg tukang buat air utk mengalihkan or membuang sampah tadi kat tempat yg sepatutnya...hmmm guess what, si tukang buat air yg tgh buat air terus stop buat air and amik sampah berulat tadi with his bare hands and membuangnya ke dlm tong sampah...tapi yang best nyer menurut boss sy lepas je dia buang tu...dgn selambanya dia terus menyambung keje membuat air TANPA membasuh tangannya itteww....hamekkk! kembang takk tekak uols?ayyo...

lagi satu citer tak silap last week baru je my fren si Lily Elle (bukan nama sebenar) telah mengepos pics sampah berulat yg terbiar kat kafe atas (sila tgk pics)...hmmm ape la nak jadi kan? agaknya jorang ni dah immune dgn ulat2 tu kots...tak tau la ape nak kata lagi...korang renung2kanlah sendrik dan selamat beramal...huhuu

(foto ehsan dr Lily Elle-dipersilakan utk klik kat pics tu utk tgk ulat2 dgn lebih terang & jelas yer uols)

Friday, October 15, 2010

Video Suami Kantoikan Isteri Skandalous Seks Dengan Suami Orang!

Video Suami Kantoi Isteri Buat Seks Dengan Orang Lain! <---klik ni

just for sharing pupose...tp aku geram sgt apsal betina bitch tu tak dibelasah sekali huh?korang tgk la sendiri & leave comments kalo rasa tak puas ati gak k...wuakakakaaa!

Thursday, October 14, 2010

Detik cemas Tragedi 10.10.10-Kemalangan 2 bas


Ikuti pengalaman dan kisah disebalik tragedi oleh mangsa cedera dalam kemalangan ngeri di Melaka...

SEREMBAN: Seorang penumpang bas ekspres Delima yang terselamat dalam kemalangan maut yang mengorbankan 12 nyawa petang semalam, mendakwa dia melihat pemandu bas cuba memotong sebuah kenderaan, tetapi gagal dan bas itu mula terhoyong-hayang menyebabkan ia melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Tew Chi Ling, 18, pelajar Kolej Bandar Utama, berkata dia kini berada dalam keadaan trauma dan terkejut kerana dapat menyaksikan keseluruhan detik cemas, ketika kemalangan itu berlaku.

"Saya tengok, ramai penumpang bergelimpangan di atas jalan raya dan ada juga yang...


Tew Chi Ling, 18, pelajar Kolej Bandar Utama, berkata dia kini berada dalam keadaan trauma dan terkejut kerana dapat menyaksikan keseluruhan detik cemas, ketika kemalangan itu berlaku.

"Saya tengok, ramai penumpang bergelimpangan di atas jalan raya dan ada juga yang tersepit di dalam bas. Saya lihat, bas itu sudah dipenuhi darah manusia. Ada yang mengeluh kesakitan, ada yang sudah tidak bersuara lagi. Ada pula yang patah, cedera di kepala. Saya cuba membantu, tetapi tidak berdaya," katanya.
Dia sedih kerana banyak suara yang meminta tolong dari dalam bas yang remuk itu, apatah lagi terkejut dengan jeritan tanpa henti penumpang yang terbabit dalam kemalangan maut itu.

"Saya bernasib baik kerana selamat bersama seorang rakan kolej. Saya masih dirawat, tetapi rakan telah dibenarkan balik. Saya cuma mengalami cedera ringan dan luka di beberapa bahagian badan," katanya ketika ditemui di wad Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini hari ini.

Sebahagian besar penumpang bas ekspres Delima itu sedang tidur ketika kenderaan itu melambung, terhempas dan melanggar beberapa kenderaan lain di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, di Rembau.

Menurut beberapa penumpang yang terselamat, mereka melihat penumpang lain yang ketika itu ramai yang tidur melambung keluar dari bumbung bas yang pecah, selain beberapa lagi tersepit apabila bas itu terhempas di atas jalan raya.
Seorang lagi penumpang, Liow Sin Ren, 23, berkata dia tidak sedar apa yang berlaku kerana tidur dan hanya menyedari apabila bas sudah terbalik.

"Bila saya sedar seluruh badan terasa sakit. Saya buka mata perlahan-lahan dan terkejut apabila bumbung bas sudah tercabut," katanya yang mengalami keretakan pada tulang hidung dan pipi.

Katanya, doktor terpaksa menyedut serpihan kaca yang masuk ke dalam telinganya.

Seorang lagi mangsa yang selamat, Nur Najlaa Aquilah Mohd Ghazali, 19, yang kehilangan sebahagian kulit dan daging di pergelangan tangan kirinya berkata dia berada dalam keadaan separuh sedar dan pening kerana bas itu berpusing dan terhoyong-hayang.

"Saya terhantuk dan kepala pening sebaik sahaja bas yang dinaiki terbabit dalam kemalangan. Apabila saya sedar, saya lihat pakaian saya dibasahi dengan darah," katanya.

Beliau berkata, ramai penumpang yang mengerang kesakitan dan ada juga yang merangkak keluar dari bas yang sudah remuk.

"Saya menangis apabila melihat darah banyak mengalir dari pergelangan tangan dan dimaklumkan ia terkoyak semasa kemalangan itu berlaku," kata pelajar Universiti Malaya itu.

Sementara itu, beberapa lagi mangsa yang cedera tidak dapat ditemubual kerana masih berada dalam keadaan lemah dan trauma berikutan kejadian itu.

Turut kelihatan beberapa ahli keluarga mangsa yang terselamat di bilik wad berkenaan dan perkarangan menunggu di luar wad terbabit.

Sehingga kini, HTJ telah menerima 24 mangsa yang cedera di tiga wad iaitu wad pembedahan, wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan wad "High Dispency" (HDW) dan semua mangsa dilaporkan stabil serta diberi perhatian sebaik mungkin oleh doktor yang bertugas.

Seramai 12 orang terbunuh manakala lebih 40 dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah bas, sebuah van dan dua kereta dalam pada 6.40 petang semalam.

Nahas itu berlaku apabila bas ekspres Delima yang dipandu laju, gagal dikawal dan terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan dan melanggar van, bas sebelum menghempap dua kereta.

SILA TGK PICS KEMALANGAN YG DAHSYAT NI KAT SINI-->GAMBAR TRAGEDI 101010

Friday, August 20, 2010

salam ramadhan 2010


salam...
rasanya masih tak terlewat lagi sy nak wish salam ramadhan pd semua.hari ni masuklah puasa yg ke-10.syukur...cepat betul masa berlalu.sana sini dah pun kedengaran lagu2 raya berkumandang.tahun ni sy berpuasa & berbuka sorang2 je nampaknya.maklumlah dah tinggal sorang.thn lepas ada gak housemate si Din, tp since dia dah pindah S.A,sy pun decide nak stay sorang2 jer.lebih privacy.kebiasaan ujung minggu sy akan balik kg berbuka dgn family di seremban atau pun memenuhi undangan berbuka dgn rakan2.
awal2 puasa aritu,sy diserang migraine selepas berbuka.ntahlah kenapa sy pun tak pasti,tp syukurlah juga sbb tak kena waktu pagi seperti kebiasaannya. syukur sy masih boleh tahan lagi-telan ubat & tidur sekejap utk hilangkan migraine.doktor pulak mmg dah siap bekalkan sy dgn bekalan pil migraine yg mencukupi.hehe....
puasa kali ni,ntah kenapa juga sy semakin sukar tidur malam.mungkin ada juga hikmahnya,sbb kebiasaannya sy akan terus bersahur sekali.then baru tidur. kalo nak harap sy bangun sahur,hmmm...jgn haraplah rasanya.
ramai rakan2 bertanya pd sy, tak bosan ke duduk sorang?hmm...jawapannya ya & tidak.maksud sy,bosan tu mmg ada specially bila kita perlukan someone utk bercakap.tapi bosan tu hilang sbb adanya astro,internet & lambakan dvd dirumah.ditambah pula dgn stok makanan dlm petiais yg sentiasa penuh.huhuuu...mengunyah je lah sy nampaknya..mcmana badan tak gemoks?
bila cakap bab berbuka pulak,sy taklah secerewet mana.kemalasan utk masak sendiri mmg menjadi2 la bulan puasa ni.so,bazar ramadhan lah yg jadi tempat membeli juadah.kebiasaan sy akan beli main course seperti nasi lemak,nasi ayam atau aneka mee atau soto,dan juga dessert seperti taufu fa atau kuih lopez (jennifer dah hilang).oh lagi satu,begedel!memang wajib dibeli...
utk sahur pulak,lagilah senang sbb sy mmg dah siap2 beli murtabak,kebab atau roti jon di bazaar.cuma sy perlu reheat saje.secawan kopi panas juga tak ketinggalan (utk mengkronik kan lagi penyakit insomnia sy nih..hehee)
cuma satu yg menjadi persoalan utama dlam kotak fikiran sy buat masa ni--berjayakah sy menjadikan puasa kali ini lebih baik dr puasa yg lepas2?
hmm...nampaknya hanya sy sendiri yg ada jawapannya & menentukan ianya berjaya atau tidak.
insyaallah...

Friday, August 6, 2010

purple sofa


kalau la dapat yg mcm ni--mmg la syok! :)

ujung minggu dtg lagi..
this week,sy xde plan apa2..2 minggu lepas berturut2 dah blk kg.so this week rasa nak stay at home & layan dvd sampai lebamm jerr...hmm,bila dah sorang kat umah, sy selalunya xleh duduk diam.wajib lah mengemas,cuci kipas,petiais,tukar langsir,tukar cadar bla..bla..bla..lepas buat keje2 ni semua..mesti la letih dan ngantuk & of koz teruss la booommmm...(tido)
rumah flat mcm rumah sy ni nak letak perabot bnyk2 mmg la tak muat, so buat masa ni ada satu sofa-bed jer kat ruang tamu tu...yg flexi-mexi betukar jadi tempat tido kala teman2 dtg stay overnite.rumah sy selalu jugak jadi transit teman2 yg akan catching the flight samaada di LCCT atau KLIA.maklumlah keduanya amat dekat dgn rumah sy.
hampir 3 tahun selepas guna sofabed tu of koz la keadaannya pun dah tak empuk seperti mula2 beli dulu kan...so sy decide nak gi shopping sofa petang besok kalau takde apa2...preferably nak cari yg warna purple sbb sy suka purple and its always 'in' ...dan bleh la match dgn comforter ala baldu warna purple yg sy beli tahun lepas...hehee

sy sebenarnya tak la cerewet sgt bila beli barang rumah ni,...janji sesuai,cantik & harga pun berpatutan dah cukup...kalau agak2 ada bajet2 je duit tu,tp still nak bli furniture gak,sy selalu pergi kedai barang/furniture 2nd hand dr hotel yg mmg bnyk kat area perumahan rumah sy ni.sblum ni ada gak survey2 tp belum minat nak beli.so maybe esok adalah masanya...
tak kisah la apa org nak kata kann...janji barang tu still dlm keadaan baik dan boleh dipakai plus ianya murah berkali ganda dr beli yg baru...persoalannya-'ada aku kesahh?'..hmm jawapannya,pastilah tidak kesahhh langsung..hehe...
jumpa lagi...[kalau sy rajin update blog yerr.. :) ]

sampuk...


dah lama tak blog..hmm biasala..pemalass!
ni nak citer pasal kejadian malam kelmarin kat flat sy,dlm pkl 1.30am tetiba tedengar suara pompuan menjerit lama2...mula2 sy buat derk jer..tapi lama kelamaan jadi mcm pelik plak..terus teringin bukak pintu nak tengok apa kes sebenarnya. so,dgn berani nya sy pun bukak pintu depan..-ingatkan sy sorang je yg keluar tgk...rupa2 nya..hampir semua jiran keluar menjenguk nak tgk apa yg terjerit2 tadi tu....
rupa2 nya ada satu rumah kat ujung flat tu tgh menjalankan aktiviti exorcism ataupun mengubat orang yg kena sampuk oleh benda halus.exorcism sebenarnya adalah sebuah praktik untuk mengusir setan atau makhluk halus (roh) jahat lainnya dari seseorang atau suatu tempat yang dipercayai sedang kerasukan setan. Praktik ini sudah cukup tua dan menjadi sebagian dari sistem kepercayaan (agama) di berbagai negara.dalam masyarakat melayu praktik seperti ini masih lagi diamalkan dimana2. 'bomoh' atau 'dukun' adalah org yg selalu dipanggil utk menjalankan praktis seperti ini.
berbalik pada kisah di flat sy tadi, mula2 rasa seram juga nak pegi tengok dekat2 rumah tersebut, tp sy tgk ramai yg bekeromon, sy pun join sekaki la...disebabkan rumah tersebut di tingkat bawah so dpt lah tgk dgn jelas apa yg terjadi,lebih2 lagi pintu rumah tersebut tidak di tutup..apa yg sy nampak sorang wanita separuh umur sedang terbaring sambil diurut2 badan oleh seorang lelaki (kemungkinan suami mangsa)...dan yg agak menyeramkan tetiba seorang lelaki berkopiah hitam keluar di depan pintu rumah dan membaling2kan garam di keliling pintu rumah.masa ni sy mula teringat film 'EXORCIST' lakonan Linda Blair yg takkan mungkin sy lupakan & tidak pernah gagal membuat sy seram setiap kali menontonnya.. mula saat tu,sy dah rasa meremang bulu roma rasa seram....apalagi,terus angkat kaki lari balik rumah sbb takut siot!sy sempat bgtau kat abg jiran yg berdiri sebelah rumah "ni dah lain mcm ni bang,mcm halau hantu jer..balik dulu la bang,tak berani sy tgk!"..abg tu gelak je tgk sy cabut...hahaaa...sampai umah terus kunci pintu & bukak semua lampu yg ada dalam umah...
akibatnya malam tu sy memang susah nak tido..dah la tido dlm terang benderang...hahaaa...
moral of the story,lain kali kalo dgr pompuan menjerit2 semacam je kat luar rumah,jgn la berani2 pegi keluar & tgk...hehe!!